SELAMAT DATANG KE BLOG SEK.KEB.BUKIT RAYA DALAM

GURU BESAR
PN HASNA BT KHALID


SEJARAH SEKOLAH


1940 – an : Bangunan buluh berhampiran rumah Tn. Hj. Ahmad b. Said. Ada 30 orang murid tanpa mengira umur.
1943 - 1947 : Murid bertambah kepada 50 orang. Tn. Hj. Yaakob Hj. Ishak guru sukarela yang mengajar dari 1948 – 1953.
1954 : Bangunan 4 bilik darjah siap dibina bernilai RM6000 di atas sebidang tanah seluas 4 relung kepunyaan Tn. Hj. Said b. Osman.
13 JUN 1954 : Mula digunakan oleh seramai 161 orang murid dan 6 orang guru.1963 Mendapat bantuan penuh kerajaan. Bangunan tambahan didirikan. Bangunan 4 bilik darjah dan sebuah bilik guru besar ( Blok A ) didirikan
19 / 4 / 1968: Bangunan baru mula digunakan. Jumlah murid 400 orang dengan persekolahan 2 sesi.
1975 - 1976: Bangunan tambahan 2 tingkat :8 bilik darjah, sebuah bilik guru, bilik guru besar dan pejabat siap dibina.Kerajaan membina kantin dan perigi pam. Kesemua perbelanjaan RM280,000. Persekolahan 1 sesi dijalankan
1 JULAI 1978 : Bangunan baru dirasmikan oleh YB Dato’ Musa Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia.
1982 : Surau didirikan
1991 : Bangunan 7 bilik darjah telah diluluskan untuk menampung murid 500 orang. ‘ Hardstand’ telah diturap di hadapan sekolah.
1992 : 2 unit rumah guru didirikan bernilai hampir RM50,000.
2002 : Sebuah makmal ICT lengkap dengan alatan siap dibina.

MAKMAL KOMPUTER SKBRD




OBJEKTIF SEKOLAH
  • MENDIDIK MURID-MURID UNTUK MEMPEROLEHI KECEMERLANGAN DALAM BIDANG KURIKULUM DAN KOKURIKULUM.

  • MELATIH MURID-MURID SUPAYA BERDISIPLIN DAN YAKINDIRI SERTA MENGHAYATI NILAI-NILAI MURNI DAN ESTETIKA.

  • MELAHIRKAN WARGA SEKOLAH YANG CINTAKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

  • MENGHAYATI DAN MEMPRAKTISKAN KEFAHAMAN ILMU DIKALANGAN WARGA SEKOLAH SELARAS DENGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.

  • MENJALINKAN HUBUNGAN AKRAB DIKALANGAN WARGA SEKOLAH DAN DENGAN MASYARAKAT LUAR SEKOLAH.

RASIONAL
Kompleksiti dalam pengurusan dan pengendalian pendidikan hari ini adalah satu cabaran kepada sekolah dan warganya. Kesediaan untuk menangani segala perubahan dan disertai dengan budaya kerja cemerlang berlandaskan perancangan strategiknya yang tersusun rapi, akan memartabatkan lagi sekolah sebagai institusi pendidikan yang profesional.
Masyarakat menilai dan meletakkan sekolah sebagai institusi pendidikan. Oleh itu kejayaan sesebuah sekolah adalah diukur berpandukan pencapaian akademiknya termasuk juga pencapaian dalam bidang kokurikulumnya.
Memandangkan penguasaan ilmu di kalangan pelajar sekolah ini belum boleh dibanggakan, Perancangan Strategik ini adalah sebagai tindakan drastik yang amat perlu dilaksanakan. Ini adalah kerana ia menyediakan satu halatuju yang jelas serta mudah difahami warga pendidik dalam mewujudkan suatu keselarasan tindakan dan perlaksanaan di peringkat sekolah.


MATLAMAT
Mempertingkatkan pencapaian akademik ketahap yang lebih cemerlang.
Memberi peluang kepada semua pelajar mendapat ilmu serta dapat menguasai kemahiran 3M
Memberi peluang secara langsung dalam P & P.
Menanam sikap rajin, tekun, berusaha, perihatin, bertanggungjawab, dan minat terhadap pelajaran di kalangan pelajar.Membuat penilaian berterusan terhadap kekuatan dan kelemahan pencapaian pelajar.
Mempertingkatkan prestasi pencapaian dalam UPSR secara kuantitatif dan kualitatif.
Supaya pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik serta berupaya memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan kebangsaan dan Matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

MATLAMAT PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH
Matlamat PS sekolah ini adalah untuk pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik serta berupaya memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

OBJEKTIF AM
Objektif PS sekolah ini adalah untuk menyediakan perancangan dan strategi bagi meningkatkan pencapaian akademik dalam segi kuantiti dan Kualiti.

LATAR BELAKANG
Pada awal tahun 90-an pencapaian akademik di sekolah ini agak terlalu rendah tetapi sejak tahun 1995 prestasi pencapaian akademik di sekolah ini semakin meningkat dari setahun ke setahun.
Di ambang tahun 2003 dan 2004 pencapaian akademik semakin menyerlah. Ini disebabkan beberapa faktor yang membawa kejayaan antaranya seperti pengurusan pentadbiran yang berkualiti, guru-guru yang mengajar Tahun 6 mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tersendiri seperti terdapat guru sumber , pemeriksa kertas serta guru yang berpengalaman luas dalam bidang-bidang tertentu.
Namun begitu, pihak sekolah masih lagi mempunyai kekangan terutama dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Hasil perancangan yang rapi serta komitmen guru yang tinggi.

OBJEKTIF KHUSUS
Diharapkan hasil daripada PS ini, objektif berikut akan tercapai:- Peningkatan pencapaian sekurang-kurangnya 5% setiap tahun dalam UPSR bermula dari tahun 2006 dan mencapai 80 % keseluruhan pada tahun 2010. Semua murid yang menduduki UPSR pada tahun 2010 akan lulus sekurang-kurangnya pangkat ‘C’ dalam salah satu mata pelajaran yang diambilnya.(0% D dan E)

AKTIVITI SEKOLAH